** Selamat Datang ke 5S KKTM Beranang ** ようこそ... **

Sunday, January 9, 2011

Audit 5S

Dalam merealisasikan target mencapai persijilan 5S pada akhir Januari ini, semua pihak telah mengandakan  usaha untuk menjadikan persekitaran kolej bersih, kemas dan selamat. Pujian diberikan kepada semua pihak terutama pihak zon kediaman pelajar, warden serta kakitangan terlibat yang telah bertungkus lumus bergotong-royong untuk memastikan asrama lelaki juga setanding asrama perempuan dan bersedia untuk audit persijilan 5S.

Adalah dimaklumkan audit dalaman 5S akan dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum persijilan 5S sebenar dan pendekatan audit telah ditukar memandangkan kebanyakan ahli unit audit sedang mengikuti kursus di Jepun.

Audit Visual pertama telah dilaksanakan pada hari Khamis dan Jumaat lepas(6 dan 7 Januari 2011) di Bilik Pensyarah dan Pejabat Pentadbiran oleh Ketua Audit, Tuan Hj Nuriman.

Berikut adalah dapatan daripada audit tersebut:
1. Bilik Pensyarah: Kabel Komputer, Susunan fail di atas meja, susunan item di bawah meja perlu diberi perhatian
2. Pejabat pentadbiran: Bilik Server, Bilik Suis, Bilik Tender dan bilik Fail perlu diberi perhatian.

Audit kedua meliputi audit di dalam almari dan laci staf dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pada kali ini, audit adalah secara individu iaitu 'workstation'  staf.

Adalah diharapkan amalan 5S ini akan menjadi budaya kerja di KKTMB.

No comments:

Post a Comment