** Selamat Datang ke 5S KKTM Beranang ** ようこそ... **

Monday, January 31, 2011

Tahniah!! おめでとう!!

Audit Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang telah dijalankan pada 31 Januari 2011 oleh wakil dari pihak MPC, En. Muhammad bin Omar.
Lawatan beliau dimulakan dengan taklimat  ringkas mengenai perlaksanaaan 5S di KKTMB yang disampaikan oleh Tuan Pengarah KKTM Beranang, Tn. Hj. Wan Sabri bin Wan Ismail.

Sekalung TAHNIAH buat semua warga kolej, termasuk Pengawal Keselamatan, Kontraktor Pembersihan, Tender Dewan Makan, Tender Cafe dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan 5S di kolej ini.
Kejayaan ini adalah lebih manis apabila kediaman pelajar KKTM Beranang menjadi kediaman pelajar IPMa pertama yang mendapat persijilan 5S.
Gambar 1: En Muhammad mengisytiharkan KKTMB berjaya
melaksanakan 5S dan akan disyorkan untuk persijilan.



Antara faktor kejayaan 5S di KKTMB adalah komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan dan kerjasama semua warga, amalan 5S dimanifestasikan dalam aktiviti harian warga KKTM, serta dokumentasi 5S yang lengkap.
En Muhammad juga menyampaikan tahniah buat KKTMB kerana tiada aspek 'overdo' berlaku di kolej ini.

Semoga amalan 5S ini menjadi budaya kita semua....

Gambar 2: 5S di Pondok Pengawal KKTM Beranang.
Pengawal keselamatan juga turut serta dalam
program amalan 5S


Sunday, January 9, 2011

Audit 5S

Dalam merealisasikan target mencapai persijilan 5S pada akhir Januari ini, semua pihak telah mengandakan  usaha untuk menjadikan persekitaran kolej bersih, kemas dan selamat. Pujian diberikan kepada semua pihak terutama pihak zon kediaman pelajar, warden serta kakitangan terlibat yang telah bertungkus lumus bergotong-royong untuk memastikan asrama lelaki juga setanding asrama perempuan dan bersedia untuk audit persijilan 5S.

Adalah dimaklumkan audit dalaman 5S akan dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum persijilan 5S sebenar dan pendekatan audit telah ditukar memandangkan kebanyakan ahli unit audit sedang mengikuti kursus di Jepun.

Audit Visual pertama telah dilaksanakan pada hari Khamis dan Jumaat lepas(6 dan 7 Januari 2011) di Bilik Pensyarah dan Pejabat Pentadbiran oleh Ketua Audit, Tuan Hj Nuriman.

Berikut adalah dapatan daripada audit tersebut:
1. Bilik Pensyarah: Kabel Komputer, Susunan fail di atas meja, susunan item di bawah meja perlu diberi perhatian
2. Pejabat pentadbiran: Bilik Server, Bilik Suis, Bilik Tender dan bilik Fail perlu diberi perhatian.

Audit kedua meliputi audit di dalam almari dan laci staf dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pada kali ini, audit adalah secara individu iaitu 'workstation'  staf.

Adalah diharapkan amalan 5S ini akan menjadi budaya kerja di KKTMB.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat kembali ke kolej buat semua pelajar KKTMB. Semoga tahun ini memberi lebih banyak kejayaan buat warga KKTMB khas nya dan MARA...

Akemashite Omedetou Gozaimasu...