** Selamat Datang ke 5S KKTM Beranang ** ようこそ... **

Monday, May 9, 2011

Lawatan Kerja 5S dari Kolej Profesional MARA Beranang

Pada 10 Mei 2011, kami berbesar hati menerima kunjungan dari jiran kami, iaitu Kolej Profesional MARA Beranang untuk sama-sama berkongsi pengalaman menjayakan 5S. Rombongan dari KPMB diketuai oleh Puan Roselena binti Mansor, Timb. Pengarah HEA KPMB bersama-sama 15 orang Jawatankuasa Kerja 5S beliau.
Lawatan dimulakan dengan sesi ucapan dari Pengarah KKTMB, Tn. Haji Wan Sabri bin Wan Ismail, diikuti ucapan dari wakil pelawat, iaitu Pn Roselena. Seterusnya taklimat perlaksanaan 5S di kolej ini yang disampaikan oleh Penyelaras 5S KKTMB, En Ab Alias dan sesi soal jawab. Sesi diakhiri dengan lawatan tapak ke sekitar KKTMB termasuk perpustakaan, asrama, dewan makan, bilik fail, stor pusat dan bilik gerakan 5s kolej.
Adalah diharapkan perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak dan kami doakan KPM akan berjaya memperoleh persijilan 5S pada hujung bulan ini.

Gambar 1: Sesi taklimat

Gambar 2: Bilik fail HEP

Gambar 3: Bilik UPP


Gambar 4: Bilik Penyelia Asrama

Gambar 5: Asrama Perempuan

Tuesday, March 22, 2011

Setelah 2 bulan..... 2ヵ月後....

KKTMB telah memperoleh sijil pengikhtirafan Amalan 5S secara rasminya pada 17 Februari 2011.
Tetapi adakah amalan 5S ini masih diteruskan hingga ke hari ini, atau sekadar berpuas hati kerana telah berjaya mendapat persijilan 5S?

Adakah workstation masing-masing masih mengamalkan 5S, atau masihkan asrama KKTMB berada dalam keadaan seperti hari pengauditan??

Bersama kita mengamalkan S ke-5 iaitu Shitsuke... Amalan berterusan ke arah pembudayaan Jepun di kolej ini.



Wednesday, February 23, 2011

Amalan 5S dan Kesannya Terhadap Kualiti dan Produktiviti Institusi

 Amalan 5S
  • Amalan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif.
  • Meliputi aspek Kebersihan, kekemasan dan keselamatan.
  • Mempastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, dan cekap dan dalam keadaan berfungsi.
  • Membina budaya kerja dan nilai-nilai bersama yang baik dan cemerlang.
  • Melahirkan idea kreatif dan inovatif untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan.


SEIRI - SISIH
 
SEIRI - Menyisih  dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja
 
KESAN LAKSANA SISIH
Kuantitatif
  • Penjimatan ruang (workstation, stor, dll)
  • Kawalan stok & produk yang cekap
  • Masa pencarian yang pantas
Kualitatif
  • Tempat kerja lebih selamat
  • Suasana kerja lebih selesa
  • Mudah mengesan tempat/ alat/bahan rosak lebih awal
 
SEITON -  SUSUN
 
SEITON - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
 
KESAN LAKSANA - SUSUN
Kuantitatif
  • Kawalan stok & produk yang cekap
  • Masa pencarian yang pantas (Stor, Bilik Fail dll)
  • Proses kerja lebih pantas
  • Mengelak kesilapan & kesalahan
  • Kadar kehilangan peralatan rendah
Kualitatif
  • Suasana kerja lebih selesa
  • Mendidik warga kolej berdisiplin dan positif
  • Menjana idea kreatif dikalangan warga kolej
  • Moral tinggi warga kolej
  • Selamat ditempat kerja
  • Mengamalkan FIFO
 
SEISO  - SAPU
 
SEISO - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk,kotoran  di lantai, mesin dan peralatan.
 
Bagaimana SAPU?
Mungkin tempat/peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (Setiap jam, Setiap hari, Sekali seminggu, Sekali sebulan, Tiga bulan sekali, Enam bulan sekali,  Setahun sekali).
 
KESAN LAKSANA - SAPU
Kuantitatif
  • Kos kerosakan peralatan rendah
  • Kualiti produk bertambah
  • Masa membersih lebih pantas
  • Kualiti P&P meningkat
Kualitatif
  • Suasana kerja lebih selesa dan ceria
  • Staf terus menjana idea kreatif
  • Moral warga kolej tinggi
  • Selamat di tempat kerja
 
SEIKETSU - SERAGAM
 
SEIKETSU- Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta  mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.
 
Bagaimana SERAGAM ?
Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya, “Standard Operation Procedure”(SOP),  “Work Instruction” (WI),  “Guidebook”, Cartalir – “Process flow”,  Gambar atau contoh fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.
 
KESAN LAKSANA - SERAGAM
Kuantitatif
  • Kos selenggaraan rendah
  • Kos overhead rendah
  • Kecekapan proses meningkat
  • Keberkesanan P&P meningkat
Kualitatif
  • Mendidik warga kolej disiplin positif
  • Staf terus menjana idea kreatif
  • Kemahiran warga kolej meningkat
  • Staf dan pelajar setia kepada organisasi
  • Imej organisasi meningkat
 
SHITSUKE - SENTIASA AMAL
 
SHITSUKE - Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
 
Bagaimana SENTIASA AMAL ?
Mematuhi panduan dan standard yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.
 
KESAN LAKSANA - SENTIASA AMAL
Kuantitatif
  • Kos pengeluaran rendah
  • Produktiviti staf meningkat
  • Kualiti produk / perkhidmatan meningkat
  • Memperolehi Sijil 5S
  • Kemalangan sifar ditempat kerja
Kualitatif
  • Staf lebih kreatif dan inovatif
  • Kemahiran staf meningkat
  • Staf setia kepada organisasi
  • Budaya kerja berpasukan yang tinggi
 
 
4 Faktor Kejayaan 5S
  1. Sokongan dan komitmen berterusan dari pengurusan atasan.
  2. 5S bermula dengan kesedaran, latihan ,pemantauan dan penilaian.
  3. Semua orang mengamalkannya dan tiada siapa yang memerhati sahaja.
  4. Ulangi putaran 5S untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadi budaya.

Monday, January 31, 2011

Tahniah!! おめでとう!!

Audit Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang telah dijalankan pada 31 Januari 2011 oleh wakil dari pihak MPC, En. Muhammad bin Omar.
Lawatan beliau dimulakan dengan taklimat  ringkas mengenai perlaksanaaan 5S di KKTMB yang disampaikan oleh Tuan Pengarah KKTM Beranang, Tn. Hj. Wan Sabri bin Wan Ismail.

Sekalung TAHNIAH buat semua warga kolej, termasuk Pengawal Keselamatan, Kontraktor Pembersihan, Tender Dewan Makan, Tender Cafe dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan 5S di kolej ini.
Kejayaan ini adalah lebih manis apabila kediaman pelajar KKTM Beranang menjadi kediaman pelajar IPMa pertama yang mendapat persijilan 5S.
Gambar 1: En Muhammad mengisytiharkan KKTMB berjaya
melaksanakan 5S dan akan disyorkan untuk persijilan.



Antara faktor kejayaan 5S di KKTMB adalah komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan dan kerjasama semua warga, amalan 5S dimanifestasikan dalam aktiviti harian warga KKTM, serta dokumentasi 5S yang lengkap.
En Muhammad juga menyampaikan tahniah buat KKTMB kerana tiada aspek 'overdo' berlaku di kolej ini.

Semoga amalan 5S ini menjadi budaya kita semua....

Gambar 2: 5S di Pondok Pengawal KKTM Beranang.
Pengawal keselamatan juga turut serta dalam
program amalan 5S


Sunday, January 9, 2011

Audit 5S

Dalam merealisasikan target mencapai persijilan 5S pada akhir Januari ini, semua pihak telah mengandakan  usaha untuk menjadikan persekitaran kolej bersih, kemas dan selamat. Pujian diberikan kepada semua pihak terutama pihak zon kediaman pelajar, warden serta kakitangan terlibat yang telah bertungkus lumus bergotong-royong untuk memastikan asrama lelaki juga setanding asrama perempuan dan bersedia untuk audit persijilan 5S.

Adalah dimaklumkan audit dalaman 5S akan dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum persijilan 5S sebenar dan pendekatan audit telah ditukar memandangkan kebanyakan ahli unit audit sedang mengikuti kursus di Jepun.

Audit Visual pertama telah dilaksanakan pada hari Khamis dan Jumaat lepas(6 dan 7 Januari 2011) di Bilik Pensyarah dan Pejabat Pentadbiran oleh Ketua Audit, Tuan Hj Nuriman.

Berikut adalah dapatan daripada audit tersebut:
1. Bilik Pensyarah: Kabel Komputer, Susunan fail di atas meja, susunan item di bawah meja perlu diberi perhatian
2. Pejabat pentadbiran: Bilik Server, Bilik Suis, Bilik Tender dan bilik Fail perlu diberi perhatian.

Audit kedua meliputi audit di dalam almari dan laci staf dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pada kali ini, audit adalah secara individu iaitu 'workstation'  staf.

Adalah diharapkan amalan 5S ini akan menjadi budaya kerja di KKTMB.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat kembali ke kolej buat semua pelajar KKTMB. Semoga tahun ini memberi lebih banyak kejayaan buat warga KKTMB khas nya dan MARA...

Akemashite Omedetou Gozaimasu...