** Selamat Datang ke 5S KKTM Beranang ** ようこそ... **

Sunday, December 19, 2010

Pra-Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh MPC

Pada 29 dan 30 November 2010 yang lalu, seorang pegawai dari MPC telah dijemput untuk menjalankan pre Audit ke atas persiapan persijilan 5S yang telah dilaksanakan oleh KKTM Beranang. Beliau ialah Encik Rashid dari Unit Latihan 5S MPC.

Lawatan beliau dimulakan dengan taklimat pelaksanaan 5S di KKTMB oleh Unit Pemandu 5S KKTM Beranang yang diketuai oleh Alias Sensei.

Seterusnya Encik Rashid telah melakukan lawatan ke zon-zon 5S yang telah ditetapkan bermula dengan Zon Pentadbiran, Zon Akademik, Zon Riadah, dan seterusnya Zon Kediaman Pelajar.

Antara ruang kerja yang mendapat kredit tinggi daripada En Rasyid adalah Bilik Cetak dibawah seliaan En Roslan bin Jamadin, stor alatulis (En Shariman), bilik Kaunselor (Pn Wan Faridah) dan 5S Corner Zon Micro-Elektronik(En Ezad Razif).

KKTM Beranang adalah satu-satunya Institut Pengajian MARA(IPMa) yang memasukkan Kediaman Pelajar sebagai kawasan audit 5S.

En Rasyid telah memberikan kredit yang sangat tinggi kepada sub-zon asrama perempuan atas daya usaha dan inovasi mereka dalam mewujudkan suatu suasana yang bersih, ceria dan selesa dibawah seliaan Pn Asmah binti Shariff (Pembantu Tadbir Asrama) dan diharapkan agar asrama lelaki dapat mencontohi usaha mereka ke arah mewujudkan suasana persekitaran selesa dan ceria.

Beberapa tempat kritikal yang perlu diberi perhatian adalah seperti stor penyimpanan. Hal ini adalah kerana KKTMB masih dalam proses melengkapkan peralatan makmal dan bengkel. Peralatan dan mesin yang baru tiba perlu terus disusun dengan kerjasama kontraktor terlibat.

Secara keseluruhannya, KKTMB mencapai tahap memuaskan dan sudah bersedia untuk persijilan 5S.

Terima kasih kepada semua warga KKTM Beranang atas kerjasama yang telah diberikan.


Gambar 1: Bilik Penyelia Asrama - Cemerlang

Gambar 2: Bilik Kaunselor - Cemerlang

Gambar 3: Pantri Asrama Perempuan

Gambar 4: Kabel dilekatkan ke lantai dalm sudut 90darjah

Gambar 5: Bilik untuk 'Fire Reel Hose" tidak disimpan dengan
peralatan lain yang tidak berkenaan

Gambar 6: Perpustakaan KKTMB







はじめに

Assalamualaikum,

Blog 5S Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang adalah diwujudkan bagi berkongsi maklumat dan  pengalaman kami dalam menjayakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di kolej kami.  

Adalah diharapkan ia akan menjadi platform untuk warga KKTMB khas nya, dan masyarakat umum amnya untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan 5S di kolej ini...